Oct
28
Beberapa sajak untuk direnungi
October 28, 2008 | Tagged Sajak | Leave a Comment
Melupakan
oleh Mohd. Fahmi
Di tebing kepastian, aku singgah
sebelum meneruskan perjalanan
hulu kebenaran kucari
demi mendiami taman cinta
yang putih.
aku tak mahu lagi
menanti di pantai sepi
yang selalu dipukul ombak rindumu
setiap kali kau tiupkan angin kemaafan.
Ketika bulan kelam berbalam
kuhanyutkan kecintaan lalu
di sungai sengajalupa
biar bisa belayar jauh
lepas ke laut kenangan
tak perlu
aku layarkan kapal ingatanku
mencarimu disana.
22 November 2007
Jalan Satok, Kuching
***
Hujan Subuh
(lanjutan sajak ‘Melupakan‘)
oleh Mohd Fahmi
Subuh itu
hujan rindu jatuh
di atap ingatanku,
kulihat ada juraian kemaafan
di jendela simpatiku.
aku menarik perlahan
sembunyi wajah rindu
di sebalik selimut kepuraanku.
26 Januari 2008
***
bintang malam
(lanjutan Melupakan dan Hujan Subuh)
oleh Mohd. Fahmi
gugusan memori
berkerdipan di angkasa ingatanku
sesekali cahayanya membias
mengusik rindu
yang lama tenang tenggelam
di tasik harapan.perjalanan ini perlu padu
telah tentu tuju
tak bisa leka
diganggu kerdip bintang angkasa.
kerana aku redha
terus tenggelam disana
kerinduan padanya.
10 Mei 2008
Sungai Batu, Kuching
***
Dari Jendela Rindu
(lanjutan Melupakan dan Hujan Subuh dan Bintang Malam)
oleh Mohd. Fahmi
Sesekali bila menjenguk keluar
melihat taman kenangan
dari jendela rindu,
masih jelas di mata memori
kemesraan antara kita
Bunga-bunga bahagia
kembang mekar mewangi
di setiap pohon cinta
yang menghiasi taman itu.
Cuma aku tak pasti
bila agaknya tiba
ribut pemusnah taman kita
kerana semalam dan hari sebelumnya
aku menjenguk
dari jendela ini,
melihat jelas kemesraan antara kita.
16 Ogos 2008
Subang Jaya
Jun
4
Selamat Hari Bapa
June 4, 2008 | | Leave a Comment
Bulan Jun kita akan menyambut hari Bapa. Walaupun perayaan ini tidak disambut secara serentak di seluruh dunia, sambutan yang paling banyak diadakan ialah pada minggu ketiga bulan ini.
Apa hadiah korang kali ini?
Walaupun korang boleh beli hadiah yang hebat-hebat, mahal-mahal, cuma satu saja hadiah yang paling dihargai oleh seorang bapa: kemaafan yang dipohon dengan ikhlas oleh seorang anak yang insaf serta rendah diri.
Korang tak tengok iklan hari raya ke?
May
11
SELAMAT HARI IBU
May 11, 2008 | | Leave a Comment
Selamat hari ibu.
Apr
21
Not a comeback
April 21, 2008 | | Leave a Comment
Dah lama tak update blog. Bukan apa, aku sibuk kebelakangan ini. Lagipun aku sering update www.esasterawan.net - amohdfahmi - jadi bila kat sini tak ada idea.
Anyway, hopefully there is something good soon.
Feb
19
Tekan pen
February 19, 2008 | | Leave a Comment
Dalam banyak-banyak pen, ada satu jenis pen ni yang gunakan spring. Pen ni kita panggil ‘Pen Tekan’. Kalau tekan barulah dapat mula menulis. Satu lagi pen ialah ‘Pen Tudung’. Kita buka tudung kemudian kita mula menulis.
Ada orang suka mainkan Pen Tekan dengan menekan sambil bercakap dengan kawan sepejabat. Lepas tekan, tekan lagi. Lepas tekan, tekan lagi. Jadi dia buat bunyi ‘tik-tak-tik-tak’ yang berterusan.
Perasan tak, sesetengah orang rasa terganggu (annoyed) dengan bunyi tersebut?
Tak percaya, cubalah.
Feb
13
Terima Kasih
February 13, 2008 | | Leave a Comment
Satu benda yang selalu orang lupakan ialah ucapan "Terima Kasih" kepada orang lain.
Biasanya kalau orang tu terlalu rapat dengan kita, jarang sekali ucapan ini diungkapkan. Kadang-kadang semasa kita memulangkan sesuatu, kita akan berkata "Nah! Aku pulangkan barang kau ni. Lain kali aku pinjam lagi yek." Terlupa pulak kan nak ucap ‘terima kasih’ kerana sudah terbiasa.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan orang itu terlalu rapat dengan kita. Biasalah, kalau dah rapat tentu tak kisah.
Tapi bayangkan kalau dia ketika itu tengah angin tak baik… dan kita pulak kawan rapat dia. Tentu dia akan merajuk atau berkecil hati dan berkata "Itulah, harap muka saja cantik tapi tak reti nak ucap ‘Terima kasih’".
Hmm.. ada jugak kes macam tu. Tapi kalau kes macam ni nak buat aper yek?
+ Terima kasih.
- Aih! Terima kasih ajer…
Feb
12
Kerepek Rangup
February 12, 2008 | | Leave a Comment
"Kenapa Kerepek Rangup?"
Tentu sekali ada yang tertanya-tanya apa kaitan kerepek dengan persoalan hidup. Hmmm, tak banyak sebenarnya. Tapi di sini aku cuba mengetengahkan perkara yang boleh dikatakan remeh temeh kerana ia bisa memberi impak yang besar dalam hidup seharian. Kadang-kadang kita tak kisah pun. Ada atau tidak tak ambil peduli.
Sebenarnya yang kecil itulah pelengkap sesuatu yang besar. Jika tak ada, maka tempat itu dipanggil ‘kosong’.
Andai hati ini kosong….